Pages

Tuesday, 19 March 2013

Budak demam yang tak reti duduk diam

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari khamis lepas, naim start demam... memang panas betul badan naim sampaikan ibu tak senang duduk. Ibu try dulu bagi ubat demam yang ada sebelum ni, sambil lap2 badan naim dengan air asam jawa supaya surut sikit suhu badan naim. Selalunya bila demam, Naim memang tak aktif... tapi kali ni gayanya macam orang tak demam pula. Aktif sepanjang hari siap melompat-lompat lagi dia.


Duduk dalam kotak sambil tengok tv...

hihi kuatnya anak ibu ni.... demam pun tak reti duduk diam :)

yang ni entah main apa la agaknya....

Malam tu, ayah balik keje baru bawa naim ke klinik di Bukit Baru... Dr cuma bagi ubat demam dan antibiotik saja. Tapi, sebab ibu tak puas hati kan dgn Dr malam tu, esok pagi2 sekali lagi bawak naim ke klinik di Bukit Katil pula. Kali ni, baru la puas hati bila Dr bgtau naim demam sebab tonsilnya bengkak. Ye la mana boleh tiba2 demam je tanpa sebab sampai suhu naik 39' kan. Malam tu, suhu naim dah turun sikit... baru la rasa lega.

Sabtu pagi, sebab takde buat pape... kami jalan2 di Putrajaya dan Alamanda. Pastu, baru singgah di rumah Mak di BBBangi. Seronok Naim dapat jumpa sepupu2 dia... main je sampai tak mau tido langsung. Tapi, saya still bagi ubat demam kat Naim takut suhunya naik semula. Malam tu, kami gerak balik ke Melaka semula.

Sepupu Naim kat Bangi....

Nordamia Yusrina... comel sangat, geram tengok....

Hari Ahad, kami hanya duduk di rumah... ingatkan Naim dah betul2 baik demam, tapi malam tu pula Naim start batuk... Isnin pagi pula sambung selsema... sekali lagi kami pergi ke klinik di Bukit Katil untuk ambil ubat batuk dan selsema utk Naim. Alhamdulillah, ni nampak dah ok sikit.... suhu pun normal macam biasa. Semoga anak ibu dan ayah ni cepat sembuh ye sayang. Nanti bole kita main bola lagi kat padang macam selalu...

Wassalam.

4 comments:

ishamizu said...

Hehe cute aksi Naim. Demam2 tp aktif maknanya ok lg. hrp tonsil naim dahbaik ye..mujur ibu ada instinct bw Naim pg jmp doc lain..:)

Yus Mohamed said...

Alhamdulillah Naim dah ok, tinggal batuk dan selsema je. Thanks cik izu. Semoga semua yang kat sana sihat juga hendaknya.

Siti Haslinda Sadiken said...

bila la dpt jumpa nie kan :)

Yus Mohamed said...

Lin: hihi... org duk ayer keroh je... meh la datang sini.